Malam
Malam menyentuh pembaringanku
Di dadanya adalah kesepian paling mujarab
Mengubati kesilapan yang sakit
Akulah penyepi yang tidak pernah kenal
Erti tiap kesempurnaan
Dan bintang-bintang pun jatuh
Menyapa tidurku yang tidak nyenyak
Menyesalkah aku?
Kerana tidak mengizinkan diri ini
Membiarkan semalam berlari
Menuruti jejak-jejak yang tersedia
Dan malam adalah penyatu
Serpihan-serpihan diri yang berkecai
Dalam pelbagai warna
Sedang penyatuan ini
Bakal terobek lagi
Oleh mentari yang tidak pernah kasihan
Pada sebuku hati
Jauh dari kesempurnaan
By: K Z
Di dadanya adalah kesepian paling mujarab
Mengubati kesilapan yang sakit
Akulah penyepi yang tidak pernah kenal
Erti tiap kesempurnaan
Dan bintang-bintang pun jatuh
Menyapa tidurku yang tidak nyenyak
Menyesalkah aku?
Kerana tidak mengizinkan diri ini
Membiarkan semalam berlari
Menuruti jejak-jejak yang tersedia
Dan malam adalah penyatu
Serpihan-serpihan diri yang berkecai
Dalam pelbagai warna
Sedang penyatuan ini
Bakal terobek lagi
Oleh mentari yang tidak pernah kasihan
Pada sebuku hati
Jauh dari kesempurnaan
By: K Z


0 Comments:
Post a Comment
<< Home