Ingin Bersamamu Selamanya
Angin bayu membisik lembut
di deria pendengaranku
Teringatkan aku pada di dia
Yang amat kucinta
Pagi nan indah
Langit terang bercahaya
Aku berasa segar dan bermaya
Kerana aku sudah jatuh cinta padamu.
Semakin kufikirkan
tentang kehidupanku yang suram
Aku bersyukur
kepada Yang Maha Esa
kerana mendekatkan diriku padanya
dan membenarkanku meluahkan rasa
tentang segala apa
yang tersirat di dalam jiwa
Melalui kehidupan yang sukar
aku rasa aku masih dapat bertahan
pabila kau bersamaku
di dalam mindaku,
di bayangku,
di hati naluriku.
Ya tuhan,ku sangat merinduinya
aku rindukan kehadirannya,
tawa manisnya
aku rindukan kemesraannya,suara halusnya
aku rindukan segalanya
tentang dirinya.
Kau berada jauh dari mataku namun
kau tetap dekat di sanubariku
namun pun kau jauh daripadaku
kau akan selalu kuingati
pabila kupejamkan mata
Aku seakan terbang di awan-awangan
membayangi wajahmu
yang menawan
kudapat terbang lagi tinggi
kerana cintamu memberiku sayap.
Kau tidak pernah gagal
membuatku rasa istimewa
tulah hadiah yang paling hebat
tiada siapa yang dapat menghambat
Aku bersumpah
ke atas cintaku padamu
untuk selama-lamanya
dan tunggu saatnya tiba
pabila aku mengucup dahimu
dan tidak akan kutinggalkan dirimu
buat selamanya.
di deria pendengaranku
Teringatkan aku pada di dia
Yang amat kucinta
Pagi nan indah
Langit terang bercahaya
Aku berasa segar dan bermaya
Kerana aku sudah jatuh cinta padamu.
Semakin kufikirkan
tentang kehidupanku yang suram
Aku bersyukur
kepada Yang Maha Esa
kerana mendekatkan diriku padanya
dan membenarkanku meluahkan rasa
tentang segala apa
yang tersirat di dalam jiwa
Melalui kehidupan yang sukar
aku rasa aku masih dapat bertahan
pabila kau bersamaku
di dalam mindaku,
di bayangku,
di hati naluriku.
Ya tuhan,ku sangat merinduinya
aku rindukan kehadirannya,
tawa manisnya
aku rindukan kemesraannya,suara halusnya
aku rindukan segalanya
tentang dirinya.
Kau berada jauh dari mataku namun
kau tetap dekat di sanubariku
namun pun kau jauh daripadaku
kau akan selalu kuingati
pabila kupejamkan mata
Aku seakan terbang di awan-awangan
membayangi wajahmu
yang menawan
kudapat terbang lagi tinggi
kerana cintamu memberiku sayap.
Kau tidak pernah gagal
membuatku rasa istimewa
tulah hadiah yang paling hebat
tiada siapa yang dapat menghambat
Aku bersumpah
ke atas cintaku padamu
untuk selama-lamanya
dan tunggu saatnya tiba
pabila aku mengucup dahimu
dan tidak akan kutinggalkan dirimu
buat selamanya.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home